Tuesday 1 May 2012

005 : Help to find Nayati Moodliar


Bismillahirahmanirrahim dan assalamualaikum :)

Petang tadi hantar Balqis adikku yang ketiga ke ktm Rawang untuk pulang ke STTJ,Seremban. Dan-dan tu terjumpa sekumpulan mat saleh turun ke stesen Rawang. Adik aku pelik gak, sesat ke apa nak melawat Rawang aite? Bukannya ada apa di Rawang pun untuk di lawati T.T

Rupa-rupanya mak dia dan saudara mara budak yang hilang kena kidnapped tu (agaknya la sebab ternampak muka mak dia dalam paper The Star tempoh hari). Kesian betul dekat budak tu dan seluruh ahli keluarga dia. Ya Allah, lindulingi lah budak tu. Semoga dapat jumpa balik dalam keadaan yang baik-baik.


Nothing to lose if i share this.




Kalau diizinkan masa, akan du-update lagi. Akhir kata. yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri. Take care ! Assalam :)

Saturday 28 April 2012

004: Too much excited XP

Bismillahirrahmanirahim.

Salam sabtu semua. Yeayerr ! Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran. Semalam result Uitm keluar. Semester 4 punya result lebih baik dari sebelum-sebelum ni.  Tak sangka T.T
Aku masih di dalam lingkungan kelompok tersebut. Rezeki Allah nak bagi lebih dari apa yang aku harapkan,

Padahal ... ya Allah soalan dia aku tak pernah jumpa langsung time tu. Masing-masing keluar dewan mengharapkan dapat LULUS je.Punya la hebat, termasuk aku sekali tu. hihi. Balik bilik menangis haru-biru macam tiap-tiap sem aku buat untuk paper yang aku rasa memang tak boleh buat sebab tak pernah jumpa soalan bentuk macamtu. Tapi Alhamdulilallah aku peroleh A untuk paper tersebut. Gila tak sangka T.T MAF280 Susah gila ya rabbi.

Whatever it is. Aku sangat bersyukur. Hadiah yang paling terbaik dan termampu untuk aku berikan kepada kedua ibu bapa ku :) Penat lelah mereka bagi duit poket-belanja makan- tiap-tiap bulan memandangkan aku tak ambil PTPTN, kasih sayang, dan cakaplah apa lagii aku hadiahkan dengan keputusan yang terbaik memandangkan itu sahaja yang aku mampu :) Bagi contoh yang terbaik untuk adik-adik. InsyaAllah akan cuba yang terbaik untuk peroleh dekan untuk setiap semester. Oh YEAYYHH. Bak kata mazni, I will fight for my future ! :)

Ya Allah, kau berkatilah niat dan usaha ku ini


Hanya berbakikan 2 semester sahaja lagi. YEAAAYYRR . Lamanya alam diploma ni.Ya Allah, Kau kuatkan semangat aku dan rakan-rakan seperjuanganku supaya dapat menghabiskan pengajian kami.


Ada 2 jenis kategori :
1 .Ada setengah orang yang dikurniakan oleh Allah cepat je masuk dan-dan tu dah boleh paham, 

2. Ada pulak setengah tu belajar beberapa kali pun susah ! Tak paham-paham, mangkok ayun gila. Macam aku. Aku jenis yang memang tak focus langsung dalam kelas. IMMA SERIOUS. Tak tipu. Itu la habit aku yang aku nak buang jauh-jauh i tell u. Bila dah habis kelas, nak test baru terkedek-kedek nak memahamkan syllabus. Tapi kalau sebelum test aku akan make sure apa yang aku tak tahu, KENA tahu and nak perform well. Kita semua sama, otak Allah dah bagi, cuma cepat-lambat seseorang tu nak paham dan juga rezeki Allah nak bagi :) Falsafah yang aku pegang dari dulu sampai sekarang


"Walau budak tu pandai macam mana sekalipun, 
dia tetap kena belajar. Sebab kalau dia tak belajar 
dia tak kan jadi pandai." IMMA RITE ?



**Sedikit tips yang aku lakukan selepas menduduki peperiksaan. 
Mungkin ada setengah paper kita rasa lost, sedih, gusar takut dengan keputusan yang bakal kita perolehi disebabkan tak boleh buat time time exam. Takpa, kita kan dah penat balun, stady prom prang tak tiduq malam semua, solat,ngaji. InsyaAllah, just leave it to Allah. 
Ayah selaluuuu sangat pesan dekat aku bila aku sedih time on call dengan cakap pasal killer ! paper! -->Perkara yang terakhir is tawakal kepada Allah. Kita hanya berharap dan bergantung kepada Allah supaya memudahkan segala urusan kita. Doa dekat Allah supaya berikan kita yang terbaik, InsyaAllah !


Allah will always gives His best to those who leave the choice with Him.



Kalau diizinkan masa, akan di-update lagi. Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care! As-Salam :)

Friday 27 April 2012

003 : Bila Si empunya blog kekeringan IDEA

Assalamualaikum untuk pembaca blogkuh,


OMG. SUSAHNYA nak tulis intro. Wut the heck. Lamanya tersangkut bila tang intro. Aku dah tak reti nak mengarangggg. Since when skill aku nak mengarang ni hilangg ! AYATT buat baget retis pulak kan. Kui kui kui.  Nak start tulis pun dah tak da idea. Gud kan aku?


WAA. Seronoknya la nikmat dapat wifi balik :) Dapat update blog sudah semestinya. Ayah outstation g pinang selama 5 hari bawak wifi. Itu yang aktiviti korean online movie tergendala sebentar. Gila tak sabar nak sambung cerita Fashion King dan Rooftoop Prince. Alahai, comelnya engkorang *Yoo Ah In dan Mickey YooChun. Cair tau, tengok engkorang . *wink wink ^^v


CUTI SEMESTER
Bosan juga duduk rumah, dulu time kerja bising nak duduk rumah. Sekarang vice versa pulak. Nak kerja.. Nak kerja   T.T  .Manusiakan, tak pernah nak bersyukur. Hmm. Cuti semester masih berbakikan sebulan lebih. Adikku, jojie telah habis tamatkan zaman matrikulasinya. Bestle, cuti ni dia ada dekat rumah juga :) Cadang nak belajar menjahit ! Sangat jeles tengok ibu yang mempunyai skill dalam menjahit . Jeles tahap maksima. Teringin sangat nak guna mesin jahit ibu. Nak buat tudung and telekung macam ibu. hehee. Berangan je lebih OK :( Sob sob


Hari-hari rutin yang sama, buat kerja rumah and ajar mamel membaca. Yes, lepas ni boleh divide kerja rumah dengan angah (Y).  Cuma tang memasak je saya tak sentuh. Ibu jenis yang punctual. Dan, dan je dah siap memasak. Pagi-pagi nun ha. 


Perkara lain yang dilakukan ketika cuti semester, MELEPAK ! Mentang-mentang la AEON JASCO Rawang baru bukak belakang rumah kan :) Tunggu masa je Cinema nak bukak. HAHAA 






Kalau diizinkan masa, akan di-update lagi. Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care! As-Salam :)








Friday 20 April 2012

002 :DINI bersama braces

Assalamualaikum,


Harini, buat kali kedua teman adik aku yang ke-empat pergi Klinik pergigian di Rawang. Dokter gigi dia islamik tau, alhamdulillah.  Penat menunggu si Dini selama 2 jam untuk memakai braces. Berjaya mencabut gigi sebanyak 4 batang sebelum-sebelum ni, untuk operasi pemakaian braces di jalankan.


Dengar je cabut gigi aku dah tak boleh sanggup T.T Ibu selalu pesan dekat dini lepas cabut gigi, 


                                       "Takpe dini, beauty is pain"-Ibu. HAHAA. 




              Tapi, memang betul pun perumpamaan tu. Even nak lose weight pon kan.







Ha, amek ko. 4 batang gigi kena cabut sebelum braces dipakaikan. Lepas ni, lawo la sikit gigi dini, hopefully la (Y) heheee. Pink purple sebagai warna elastic band tu saya yang pilih, harus la pink kan. hehe. Ongkos buat menda ni lepas la nak beli 2 iphone 4s, 1 Samsung galaxy SII . Waa, geramnya. Belum termasuk kalau ada problem sepanjang 3 tahun pemakaian braces. Tiap-tiap bulan kene buat follow up dengan dokter.


                                         -----------------------------------------


Tips pemakaian braces
1. Si pemakai braces mestilah kena banyak minum air suam atau air kosong bagi mengelakkan mulut diserang ulser (bengkak dalam mulut).

2. Kena rajin berkumur. Tak perlu berus gigi dengan kerap sudah memadai dengan berkumur sehingga makanan yang terlekat celah gigi hilang.


3. Kalau sebelum pakai braces tak pernah guna ubat kumur tapi lepas pakai braces kena rajin- rajin la ek. At least sekali sehari. Selain mengelakkan bau mulut, juga dapat menghalang ulser mulut. 


4. Ramai yang tak tahu, apabila korang pakai braces secara automatiknya mulut korang akan produce banyak saliva (air liur). Jangan terkejut pulak kalau sebelum ni korang tak pernah tido keluar air liur basi tapi sekarang rajin pulak buat peta atas bantal :p. So be prepared!


5. Dalam beg korang tak kira la handbag atau beg kerja, mesti ada Bonjela. Sebab ulser mulut memang dah jadi sebahagian daripada hidup korang. Selalu terkena. So kalau ada Bonjela kurang sikit penderitaan korang. huhu.. * tapi saya takde pon malas nak beli, sanggup lagi tahan sakit :p.


6. Patuhi setiap arahan doc. Jangan wat pandai sendiri macam saya. HOHOHO. Nasib baik dalam 3 tahun pakai ni takde apa yang buruk berlaku. 


7. Paling Penting!!! Korang mesti patuhi masa dating korang dengan doc. Jangan main aci lupa atau asik tukar tarikh. Ni la yang akan melambatkan proses gigi korang jadi teratur. Saya pernah jumpa sorang patient ni yang asik tukar tarikh last sekali dia ada problem dengan gigi dia sebab daripada jogang ke depan jadi masuk ke dalam. Satu hal plak terpaksa pakai balik yang baru. Satu lagi, dapat kurangkan sakit gigi lepas rawatan. So take notes perkara ni.





                                   ------------------------------------------------


Penat juga tengok Dini pakai braces, setiap kali makan kena gosok gigi yaaa. Kalau tak pasti terselit. Kesiannya awok. Takpe, beauty is pain kan Dini ! Hehe





Kalau diizinkan masa, akan di-update lagi. Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care! As-Salam :)

Thursday 19 April 2012

001 : Hello April ! i'm back !

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum !

Wah, blog baru lagi yup ? TEHEE. ^^v Tangan sangat menggedik kan? Tolong jangan salahkan saya. Rindu nak membebel di dalam blog . Mueheheh. Bosan duduk rumah. Cuti semester 2 bulan setengah, gila tak beragak tak pergi kerja cuti sem ni. At least, kalau pergi kerja dapat la duit poket sikit dan pengalaman bukan? Aigoo. 

Lama tak menaip di blog. Rindu sangat, memang tak dapat dinafikan. Berblogging sejak tahun 2008 tahu !  Cuma kali ni, kasi private sikit. Tak payah kecoh-kecoh kot? Siapa la aku nak punya follower banyak-banyak macam adik-adik aku =.= Btw, Dini pun dah ada blog. Kekeke. Nak maju jugak !

Maisarah, hajat mu tercapai. Ok sekarang saya dah start blogging balik ^^v . Cuti sem masa menghabiskan tengok drama Korea. OMG, hobi ni datang balik . Susah nak tinggalkan kalau sekali dah layan and i hate it. Banyak lagi benda lain yang boleh dibuat sebenarnya. Ibu ayah bising aku asyik melayan drama Korea. Ok fine, saya pasrah dan akur . Mueheh. Currently watching fashion king ! WAHH, YOO ah in . Comel ok <3


Kalau diizinkan masa, akan di-update lagi. Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care! As-Salam :)