Saturday 28 April 2012

004: Too much excited XP

Bismillahirrahmanirahim.

Salam sabtu semua. Yeayerr ! Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran. Semalam result Uitm keluar. Semester 4 punya result lebih baik dari sebelum-sebelum ni.  Tak sangka T.T
Aku masih di dalam lingkungan kelompok tersebut. Rezeki Allah nak bagi lebih dari apa yang aku harapkan,

Padahal ... ya Allah soalan dia aku tak pernah jumpa langsung time tu. Masing-masing keluar dewan mengharapkan dapat LULUS je.Punya la hebat, termasuk aku sekali tu. hihi. Balik bilik menangis haru-biru macam tiap-tiap sem aku buat untuk paper yang aku rasa memang tak boleh buat sebab tak pernah jumpa soalan bentuk macamtu. Tapi Alhamdulilallah aku peroleh A untuk paper tersebut. Gila tak sangka T.T MAF280 Susah gila ya rabbi.

Whatever it is. Aku sangat bersyukur. Hadiah yang paling terbaik dan termampu untuk aku berikan kepada kedua ibu bapa ku :) Penat lelah mereka bagi duit poket-belanja makan- tiap-tiap bulan memandangkan aku tak ambil PTPTN, kasih sayang, dan cakaplah apa lagii aku hadiahkan dengan keputusan yang terbaik memandangkan itu sahaja yang aku mampu :) Bagi contoh yang terbaik untuk adik-adik. InsyaAllah akan cuba yang terbaik untuk peroleh dekan untuk setiap semester. Oh YEAYYHH. Bak kata mazni, I will fight for my future ! :)

Ya Allah, kau berkatilah niat dan usaha ku ini


Hanya berbakikan 2 semester sahaja lagi. YEAAAYYRR . Lamanya alam diploma ni.Ya Allah, Kau kuatkan semangat aku dan rakan-rakan seperjuanganku supaya dapat menghabiskan pengajian kami.


Ada 2 jenis kategori :
1 .Ada setengah orang yang dikurniakan oleh Allah cepat je masuk dan-dan tu dah boleh paham, 

2. Ada pulak setengah tu belajar beberapa kali pun susah ! Tak paham-paham, mangkok ayun gila. Macam aku. Aku jenis yang memang tak focus langsung dalam kelas. IMMA SERIOUS. Tak tipu. Itu la habit aku yang aku nak buang jauh-jauh i tell u. Bila dah habis kelas, nak test baru terkedek-kedek nak memahamkan syllabus. Tapi kalau sebelum test aku akan make sure apa yang aku tak tahu, KENA tahu and nak perform well. Kita semua sama, otak Allah dah bagi, cuma cepat-lambat seseorang tu nak paham dan juga rezeki Allah nak bagi :) Falsafah yang aku pegang dari dulu sampai sekarang


"Walau budak tu pandai macam mana sekalipun, 
dia tetap kena belajar. Sebab kalau dia tak belajar 
dia tak kan jadi pandai." IMMA RITE ?



**Sedikit tips yang aku lakukan selepas menduduki peperiksaan. 
Mungkin ada setengah paper kita rasa lost, sedih, gusar takut dengan keputusan yang bakal kita perolehi disebabkan tak boleh buat time time exam. Takpa, kita kan dah penat balun, stady prom prang tak tiduq malam semua, solat,ngaji. InsyaAllah, just leave it to Allah. 
Ayah selaluuuu sangat pesan dekat aku bila aku sedih time on call dengan cakap pasal killer ! paper! -->Perkara yang terakhir is tawakal kepada Allah. Kita hanya berharap dan bergantung kepada Allah supaya memudahkan segala urusan kita. Doa dekat Allah supaya berikan kita yang terbaik, InsyaAllah !


Allah will always gives His best to those who leave the choice with Him.



Kalau diizinkan masa, akan di-update lagi. Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care! As-Salam :)

1 comment:

  1. waaahhh , ada nama aku !
    heheh :) tahniaahh :D
    confirm nanti ANC kannn <3 !

    ReplyDelete